Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, 26 April 2011

Aku Sayang Adik !


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T

Lama tak dengar suara ummi, ayah, kakyong & anas. Rindu sangat rasanya. Petang tadi terus skype. Alhamdulillah, semua sihat, lepas rindu. "Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam merindui orang-orng yang Engkau kasihi & redhai, amin".
Sembang punya sembang, ummi banyak bercerita pasal anas. Anas dah pergi temuduga DQ, INTIM dan maktab. Moga dapat yang terbaik. "Ya Allah, kau berilah Anas dapat yang terbaik dalam hidupnya, amin".

Tapi, bila ummi mula bercerita tentang sakit Anas aku mula terdiam. Ingin juga tahu apa sebenarnya sakit di telinganya. Ummi kata dah jumpa doktor pakar telinga dan keputusannya, adik Anas memang ada kerosakan saraf pada telinga sejak lahir lagi. Mungkin ada rosak kat cranial nerve IIIV (vestibulocochlear nerve). Terkejut sungguh, tapi aku cuba cool & relax. Patutlah selama ini dia sering tidak berapa nak dengar orang cakap dengan dia.

Fikir-fikir balik, banyak dosa aku dekat dia. Kadang2 selama ni, kalau aku cakap dan dia tak dengar, terus sahaja keluar dari mulut yang berdosa ini perkataan 'PEKAK'. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan).[Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi]

"Ya Allah, ampunilah dosa aku, menyakitkan hati adikku, dan orang lain."
Anas seorang yang boleh dikatakan cekal. Bayangkan, 18 tahun hidup dengar gunakan hanya sebelah telinga. Kagum aku, boleh juga berjaya. Sekarang dia sedang menghafal al-quran, bukan senang, perlukan kombinasi hampir semua pancaindera, mata, mulut, telinga. Aku??? Mungkin hari ini Allah nak bagi hidayah pada aku supaya betul2 merasa kesusahan orang yang hilang upaya pancaindera.

Aku tidak dapat tahan sebak pada akhirnya. Menitis juga air mata dapat tahu keadaan adikku. Ummi bertanya kenapa, aku menjawab selesema (cuba berselindung). Tapi, alhamdulillah Anas hidup sihat gembira. Mungkin dulu dia dikutuk, dipersenda...tapi sekarang, insya'allah aku yakin dia mampu jadi lebih baik dari aku. Jangan patah semangat berusaha menjadi lebih baik. Jadikan kekurangan itu sebagai satu kelebihan. Jika kita mempunyai kekurangan dari orang lain tapi kita mampu berjaya sama dengan dia, itu menunjukkan kita sebenarnya lebih lagi dari dia. Maaf atas kesalahan terdahulu.

p/s: Lepas skype terus rasa nak post :)

~ Suka ingatkan ahli keluarga pesan atok, "Kita bukan saja nak berkeluarga di dunia, tapi kita minta dapat berkampung di akhirat". "BERKELUARGA SAMPAI KE SYURGA".

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam Iman & Islam, amin ya robbal 'alamin.

Tuesday, 5 October 2010

UMRAH



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum w.b.t.

Dah lme x post benda baru, tgan ni mmg mlas nak tekan 'sign in', mgkin sbb sibuk rasenyer... kuliah dah start 3 mggu lepas, rse mcm byak pulak silibus thun 2 ni...anat dah abis 1 buku, subjek lain sume dah abis 1 bab, ish3 sabor je la ammar oi...dan sedar x sedar dah 3 mggu juga pulang dri dua tempat suci yg disebutkan dlam al-quran, MAKKAH & MADINAH.

Alhamdulillah, sempat jga diri ni pergi sana...kte org, klu dah ada duit & mampu, pergi buat umrah dlu bru boleh melancong tempat lain, jgan sibuk jalan sana sini tapi tempat yg patut diziarahi terabai..

Alhamdulillah, ramadhan tahun ni dapat buat yg terbaik drpd tahun lepas, insya'Allah...10 mlam terakhir mmg diisi betul2, peluang beribadah x disia-siakan....alhamdulillah diri ini diberikan kekuatan & kesihatan sepanjang di sana, dapat juga buat 7 kali umrah + 1 "umrah" Masjid Quba...

Alhamdulillah, dapat jga bertemu kekasih Allah, rasul Allah, penghulu sekalian umat akhir zaman, junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W...syahdunya dpat beri salam kpd baginda & para sahabat...



Pemandangan di luar hotel pada hari pertama


Suasana selepas solat terawikh...ramai...


Para jemaah berehat seketika selepas solat terawikh untuk bgun qiam pada tengah malam


Tiga orang pertama (termasuk diri) yang sampai ke puncak Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira'


Bergambar di Gua Hira'


Laluan masuk ke Gua Hira', tempat Nabi Muhammad beruzlah (mengasingkan diri) dan beribadah kepada Allah


RAYA!!! Khatib sedang membacakan khutbah


Mimbar "bergerak"


Bergambar selepas solat sunat & khutbah Aidilfitri


Suasana selepas solat sunat & khutbah aidilfitri, ramai sungguh jemaah...sesak sedikit


Penuh jemaah hingga tingkat atas


Naufal & Ustaz Ridhwan


Di luar Masjidil Haram


Petang raya pertama beraya di rumah mak saudara Ustaz Fakrul Rodzi a.k.a Fakhri yang menetap di Mekah


Antara makanan yang disediakan: nasi himpit, rendang kibas, sup daging dan mcm2 lagi....SERANG!


Bergambar bersama menantu tuan rumah di luar kediaman


Di atas puncak Jabal Tsur


Jabal Rahmah di Arafah


Di atas puncak Jabal Rahmah...doa jgan x doa :)


Ramai jemaah mengambil kesempatan berdoa di atas jabal Rahmah


Raya ke-4 di rumah menantu yg tadi...rumah mcam istana pulak


Bergambar bersama ustaz2 & doktor2


Di laluan Safa & Marwah bhgian bawah tanah,,,ber'air cond'


Jam Menara yang dibina dekat Masjidil haram bernilai berbilion pound...subhanallah


Ramai jemaah tawaf selepas solat Isya'


Para jemaah sa'ie antara Safa & Marwah


Suasana di Suoq @ Pasar dekat Masjidil Haram


Bergambar pada hari terakhir di hootel Mekah sebelum bertolak ke Madinah...selerak habis
dari kiri: Dr. Hafiz, Dr. Zaharuddin, Dr. Ammar, Dr. Naufal, Dr. Zulfahmi


Ziarah maqam para syuhada' Uhud, antaranya maqam singa Allah, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib


Berlatarbelakanglkan bukit Uhud


Di ladang unta utk merasa susu unta, agk berbau unta selepas balik...hehe


Perah jgan x perah


Bersama caar @ zaharuddin


Di Masjid Quba, masjid pertama dibina


Antara fadilat solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba tanpa batal wudu' sejak keluar dari tempat tinggal sama seperti mengerjakan umrah-al Hadis


Dalam Masjid Quba


Di ladang kurma, ramai yg x lepaskan peluang memborong


Bergambar bersama kumpulan lelaki untuk program Umrah 2010


Suasana selepas solat jumaat di Masjid An-Nabawi, sungguh sesak untuk memberi salam terakhir kepada Nabi tercinta...hanya sempat dari jauh

Rasanya macam baru semalam melihat Ka'abah, qiblat ummat Islam, tempat berkumpul seluruh ummat Islam dari pelosok dunia.

Ya Allah, diri ini amat merindukan rumah Mu, jadikan diri ini tidak lari dari jalan Mu, tunjukilah diri ini dan keluargaku dengan cahaya hidayah Mu, jadikan diri ini benar2 mengambil al-quran & as-sunnah sebagai panduan hidup dan sentiasa mentaati suruhan Mu & meninggalkan larangan Mu, berilah diri ini dapat kembali ke tanah suci untuk mengerjakan haji & umrah, aku rindu sekali kepada kekasih Mu, Rasulullah S.A.W., berilah aku dapat bertemu kembali dengan baginda dan memberi salam selalu kepadanya, jadikanku ummat yang dibanggakan Nabi Muhammad yang disebutkan ikhwan baginda...perkenankanlah doaku, ya Tuhan yang memakbulkan doa, amin Ya Rabbal 'Alamin.

p/s: 1) banyak lagi gambar tetapi susah nak upload dlam ni & utk menjaga privasi diri ini dan sahabat2nya..
2) SELAMAT HARI RAYA diucapkan walaupun dah masuk bulan Zulkaedah :)

Wednesday, 14 October 2009

pindah rumah+kelas+kehidupan kat mesir

Bismillah...



Alhamdulillah, syukur
BESTnyer...
ari sabtu ni dah nak pindah
kt Fustord
kata senior kt tmpat terpencil+jauh dr U skit
tp CANTIK ngan BERSIH, umah BESAR..hehe
klu senior2 dlu lagi jauh kne tauziq mse 1st year
kte diorang "1st year mse utk blajo survive...Insya'Allah"
Trima kasih bebyk senior2 PERUBATAN
sudi tlong carikan rumah utk kami
"ALLAH YIGHALLIKU"
nnti g U smada:
bas, TREMCO, teksi @ metro lah



Alhamdulillah, syukur
dah bergelar medical student
dah jd student U...
selama 2 mggu
1st klass kt sni kuwais
sume lecturer baik2 belaka
bku2 kat sni lecturer2 yg tulis
salute abess...
klas plak asing2
laki & pompuan
nak g kuliah kne naik bas, syok..


Alhamdulillah, syukur
skrg dah 1 blan dok egypt
kat sni dah mula sibuk
yg terbaru jumaat semalam...
kna jadi ahli ajk makanan jamuan raye perubatan...
tkang cedok maknn je pun...hahaha
study lagi...byak benda bru kne belajar
tp it's ok
rse bertuah dpat g bumi anbiya' nie..
btul ckap ummi ngan ayah
byak pengalaman bleh ditimba
ada org2 arab kt sni
ad bleh buat kwan @ lawan
dok sni mengajar byak perkara...
baik dan buruk
mahmudah dan mazmumah
haq dan batil
mengajar diri erti kehidupan
org kte bleh mematangkan diri
tp PELIK
perangai 'kebudak-budakan' tu still ada
walau stiap hari rse nak berubah
pastu kdg2 rse susah, kdg2 senang
erm, x pe2.,.,.,.
skit2 dlu, insya'Allah
Allah akan beri yg terbaik pd hambanya


"Alhamdulillah...Ya Allah, tetapkan aku dlam beriman,beramal dan betaqwa pada Mu..."


~Ps: nak pindah umah bru tp x reti msak, jgn marah ye ahli2 bait ana:)



Thursday, 2 April 2009

Ada apa dengan TEMUDUGA?

Bismillah...
la ni ak nak cite skit psal t/duga yg ak tempuhi hari rabu lps....t/duga ak 1 April pkul 8 pg kat banggunan MBI...lupe nak bgtau ak amik cos medic...ak baca post2 bdak kisas yg g interview npe rase berbeza hah...so ak nak kongsi ngan pnjg lebar psal i/v ak...bkan temuduga tp bertemu dugaan r...

Pkul 5 pg: aku rasa pagi ni antara terawal ak bgn..pergh, igt nak wat qiamullail, nak doa sungguh2 tp nafsu tido kuat lalu aku smbung smpai 5.20 pg...hu3. Sempat s.tahjud ngan s.hajat je >>> mathurat tak lupe...
Pkul 7 pg: ak siap2 nak g sana, pkai pakaian ikut standard i/v...igt nak pkai tie KISAS tp dah hilang...ummi hantar sbb ayah ada urusan kat pangkor...dlam kereta kena motivasi pagi r :)
Smpai kat sana...ak trus g tgkat 2,tmpt daftar..igt ak plg awal rupanyer dah berlambak bdak lain...beratur punya beratur, ketua urusetia tu sruh calon2 pegi tgk kumpulan ngan panel apa kat whiteboard situ..'aduh,beratur punya pnjg kena beratur balik''takpe2, sabar je la'...ak cari nama (panel ke2) pastu daftar...lps daftar urusetia tu sruh duduk kat kerusi ikut panel yg ditetapkan....bile ak toleh kat tmpt yg patut ak duduk...jeng3...'ya ALLAH, apsal semua pompuan?' ak ckap dlam hati...dah la masa program pddhn kerjaya dr mggu lps group ak sume pompuan,ak sorg je laki dan melayu...masa tu smgat dah trun...argh, x pe la bkan apa pon..pompuan je bkan pondan ak ckap dlam hati yg tgh cuak...ummi hanya tersenyum kat blkang :-)...ak cube cari bdak KISAS yg laen tp x de...
Sblm i/v.....tggu lbih kurang 5 min...ketua urusetia tu dtg suruh calon2 yang dduk dari knan 5org kluar...mknanye dia nak 5 org setiap panel....tmpt i/v kat tgkt atas sekali (tgkt 10 satu tgkt ngan datuk bdr)......lps bg fail yg dia nak, kena tggu lagi group sblum ak kluar....bak kata amir rahimi lps die i/v TNB -"debo gler",ak pnah g i/v dq tp x secuak ngan se'nervous' ni ....mase tggu ak sempat tgk bdak2 pompuan dlam group ak...bkan cuci mata tp nak tambahkn confident...2 org pompuan cina 2 org pompuan melayu...terpaksa control kehenseman dan kemachoan ak..hahaha....ak byak senyap,zikir...ada sorg pompuan cina tnye mcm2, ak jawab la...rase2nya semua bdak dlam group ak pun cuak..sbb ada ak kot...hahaha..
Semasa i/v...."ok, adik2 bleh msok" akak urusetia tu ckap.rasa nak meletup jantung ak...x pe..ak igt psan kakak ak, buat je confident walau sebenarnya x...be confident but humble...trimas kakyong yg skrg belajr medic kat USIM...msok2 ak t'kejut...blik meeting? dlam tu ad 3 org panel sume doktor...2 org laki melayu (nme x igt) sorg pompuan india, dr susila...calon2 dok sbaris menghadap panel2...sesi pertama diorg surh p'kenalkan diri dlm bm...ckap psal diri,keluarga,nak ambik cos ape,mahir bhs asing ap, lps spm buat apa....ni part yg ak syok sbb dah b'latih mlm tadi...hahaha...
pastu sesi ke2 plak...lebih mencabar....discussion in group ckap bi ma...dlam hati mnx Allah bg soalan sng...ketua panel pun bg soalan...sbb sume bdak nak amik medic ngan pharmacy dia bg topik 1- organ donating...masyaallah..apsal die bg topik ni..ak igt bg r topik semasa k mcm ppsmi @ ekonomi...sbb ak prepare isu semasa....smpai turn ak ckap, ak buatlah persoalan kat ahli kump: which part of organs can we donate? lps tnye panel tu ckap x leh tnye, salah format...hanya discuss je...ak pun buat muke slumber discuss psal topik ni...ak cite psal camne nak timbulkn kesedaran kt org ramai utk derma organ such as give talk and pamplet to explain the importance of organ donating , do many campaign for organ donating.....dah r ckap dlam bi..aduh, gagap juga...nyesal x belajar ckap bi ngan fendi...pastu ad 1 soaln cepumas panel tu bg kat ak dan akan ak igt smpai bila2..."If you are given a chance to donate your organ when your are still alive, which part will you donate?"..pastu ak x pkir pnjg ak ngan confident ckap my Heart (sbnarnya x thu)...panel2 ngan ahli kump. yg lain gelakkan jwpn ak...merah padam muka sume...ad sorg panel ckap "I hope you are still survive after you donate your heart"....dlam hati ak ckap npe ak bg jwpn mcm ni...ckp r donte kidney k atau mata k sbb b'pasangan....malu gak tp still buat muka slumber (gelak sama2) mcm x de apa2 berlaku...last2 panel tu bgtau yg blood juga adalah organ..nyesal ak x ckap darah..bleh gebang yg ak ni universal donater-darah group O....hahaha..topik ke2 lagi mencabar-'First class facility, third class mentality'...fuh.. yg ni no komen..byk goreng je....tp x smpai hangus...
bila dah abis nak kluar tiba2 ketua panel tnye kat ak sorg..."if you are given this scholarship, which country did you choose"...ak ckap mesir ngan alasan tersendiri...tp nie yg menimbulkn p'soalan kat hati ak smpai skrg..knpe die tnye ak sorg bkan bdak lain...mgkn ad 2 sbb...1.dia x berapa confident ak leh g kat oversea...2.mmg die nak plih ak(bkan perasan) sbb skrg krjn nak bg peluang kat bdak lelaki melayu jd doktor coz bgsa lain terutamanya pompuan dah byak jd doktor....tp apa2 pon ak dah abis i/v dan lega...alhamdulillah!! kdg2 pkir balik psal i/v ni ad rase lawak,best,nyesal,x puas hati....arghhh x yah fkir psal nie dah...sume yg Allah buat ada hikmahnya...i have do my best, let Allah take the rest.....insya'allah!!!

Ya Allah, kurniakanlah apa yang terbaik untuk hambamu ini.......Amin.