Tuesday 26 April 2011

Aku Sayang Adik !


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T

Lama tak dengar suara ummi, ayah, kakyong & anas. Rindu sangat rasanya. Petang tadi terus skype. Alhamdulillah, semua sihat, lepas rindu. "Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam merindui orang-orng yang Engkau kasihi & redhai, amin".
Sembang punya sembang, ummi banyak bercerita pasal anas. Anas dah pergi temuduga DQ, INTIM dan maktab. Moga dapat yang terbaik. "Ya Allah, kau berilah Anas dapat yang terbaik dalam hidupnya, amin".

Tapi, bila ummi mula bercerita tentang sakit Anas aku mula terdiam. Ingin juga tahu apa sebenarnya sakit di telinganya. Ummi kata dah jumpa doktor pakar telinga dan keputusannya, adik Anas memang ada kerosakan saraf pada telinga sejak lahir lagi. Mungkin ada rosak kat cranial nerve IIIV (vestibulocochlear nerve). Terkejut sungguh, tapi aku cuba cool & relax. Patutlah selama ini dia sering tidak berapa nak dengar orang cakap dengan dia.

Fikir-fikir balik, banyak dosa aku dekat dia. Kadang2 selama ni, kalau aku cakap dan dia tak dengar, terus sahaja keluar dari mulut yang berdosa ini perkataan 'PEKAK'. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan).[Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi]

"Ya Allah, ampunilah dosa aku, menyakitkan hati adikku, dan orang lain."
Anas seorang yang boleh dikatakan cekal. Bayangkan, 18 tahun hidup dengar gunakan hanya sebelah telinga. Kagum aku, boleh juga berjaya. Sekarang dia sedang menghafal al-quran, bukan senang, perlukan kombinasi hampir semua pancaindera, mata, mulut, telinga. Aku??? Mungkin hari ini Allah nak bagi hidayah pada aku supaya betul2 merasa kesusahan orang yang hilang upaya pancaindera.

Aku tidak dapat tahan sebak pada akhirnya. Menitis juga air mata dapat tahu keadaan adikku. Ummi bertanya kenapa, aku menjawab selesema (cuba berselindung). Tapi, alhamdulillah Anas hidup sihat gembira. Mungkin dulu dia dikutuk, dipersenda...tapi sekarang, insya'allah aku yakin dia mampu jadi lebih baik dari aku. Jangan patah semangat berusaha menjadi lebih baik. Jadikan kekurangan itu sebagai satu kelebihan. Jika kita mempunyai kekurangan dari orang lain tapi kita mampu berjaya sama dengan dia, itu menunjukkan kita sebenarnya lebih lagi dari dia. Maaf atas kesalahan terdahulu.

p/s: Lepas skype terus rasa nak post :)

~ Suka ingatkan ahli keluarga pesan atok, "Kita bukan saja nak berkeluarga di dunia, tapi kita minta dapat berkampung di akhirat". "BERKELUARGA SAMPAI KE SYURGA".

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam Iman & Islam, amin ya robbal 'alamin.

2 comments:

Faiz Farhan said...

well said young man :)

Ummul Kasturi said...

Ngape la Ummi tak perasan Ammar nangis..?? Memang Ummi pun rasa bersalah kerana lambat mengetahui masalah adikmu... Untuk pengetahuan Ammar, malam tu Ummi baca posting ni, Ummi pun nabgis teresak-esak terus tidur dalam sendu. Nasib baik Ayahmu tidak sedar. Terkejut pukul 5 pagi bersama Ayahmu, lantas Ummi bercerita... Tau tak..?? Ayahmu pun sedih dan nangis cuma Ummi tak nampak airmatanya buka kerana dia terus buka laptop untuk baca post Ammar... Bukan Ammar sorang, kami berdua lagi terasa... Kesian adikmu..., tapi Ummi dan Ayah amat bersyukur dengan pencapaiannya...! Semoga Allah beri dia yang terbaik..!!! Semua yang berlaku ada hikmahnya! Terima kasih anakku keraana memahami dan menginsafi..!! Apa yang penting hati-hati anak Ummi sentiasa IKHLAS semasa menuntut ilmu, walau di mana saja berada...