Tuesday 5 October 2010

UMRAH



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum w.b.t.

Dah lme x post benda baru, tgan ni mmg mlas nak tekan 'sign in', mgkin sbb sibuk rasenyer... kuliah dah start 3 mggu lepas, rse mcm byak pulak silibus thun 2 ni...anat dah abis 1 buku, subjek lain sume dah abis 1 bab, ish3 sabor je la ammar oi...dan sedar x sedar dah 3 mggu juga pulang dri dua tempat suci yg disebutkan dlam al-quran, MAKKAH & MADINAH.

Alhamdulillah, sempat jga diri ni pergi sana...kte org, klu dah ada duit & mampu, pergi buat umrah dlu bru boleh melancong tempat lain, jgan sibuk jalan sana sini tapi tempat yg patut diziarahi terabai..

Alhamdulillah, ramadhan tahun ni dapat buat yg terbaik drpd tahun lepas, insya'Allah...10 mlam terakhir mmg diisi betul2, peluang beribadah x disia-siakan....alhamdulillah diri ini diberikan kekuatan & kesihatan sepanjang di sana, dapat juga buat 7 kali umrah + 1 "umrah" Masjid Quba...

Alhamdulillah, dapat jga bertemu kekasih Allah, rasul Allah, penghulu sekalian umat akhir zaman, junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W...syahdunya dpat beri salam kpd baginda & para sahabat...



Pemandangan di luar hotel pada hari pertama


Suasana selepas solat terawikh...ramai...


Para jemaah berehat seketika selepas solat terawikh untuk bgun qiam pada tengah malam


Tiga orang pertama (termasuk diri) yang sampai ke puncak Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira'


Bergambar di Gua Hira'


Laluan masuk ke Gua Hira', tempat Nabi Muhammad beruzlah (mengasingkan diri) dan beribadah kepada Allah


RAYA!!! Khatib sedang membacakan khutbah


Mimbar "bergerak"


Bergambar selepas solat sunat & khutbah Aidilfitri


Suasana selepas solat sunat & khutbah aidilfitri, ramai sungguh jemaah...sesak sedikit


Penuh jemaah hingga tingkat atas


Naufal & Ustaz Ridhwan


Di luar Masjidil Haram


Petang raya pertama beraya di rumah mak saudara Ustaz Fakrul Rodzi a.k.a Fakhri yang menetap di Mekah


Antara makanan yang disediakan: nasi himpit, rendang kibas, sup daging dan mcm2 lagi....SERANG!


Bergambar bersama menantu tuan rumah di luar kediaman


Di atas puncak Jabal Tsur


Jabal Rahmah di Arafah


Di atas puncak Jabal Rahmah...doa jgan x doa :)


Ramai jemaah mengambil kesempatan berdoa di atas jabal Rahmah


Raya ke-4 di rumah menantu yg tadi...rumah mcam istana pulak


Bergambar bersama ustaz2 & doktor2


Di laluan Safa & Marwah bhgian bawah tanah,,,ber'air cond'


Jam Menara yang dibina dekat Masjidil haram bernilai berbilion pound...subhanallah


Ramai jemaah tawaf selepas solat Isya'


Para jemaah sa'ie antara Safa & Marwah


Suasana di Suoq @ Pasar dekat Masjidil Haram


Bergambar pada hari terakhir di hootel Mekah sebelum bertolak ke Madinah...selerak habis
dari kiri: Dr. Hafiz, Dr. Zaharuddin, Dr. Ammar, Dr. Naufal, Dr. Zulfahmi


Ziarah maqam para syuhada' Uhud, antaranya maqam singa Allah, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib


Berlatarbelakanglkan bukit Uhud


Di ladang unta utk merasa susu unta, agk berbau unta selepas balik...hehe


Perah jgan x perah


Bersama caar @ zaharuddin


Di Masjid Quba, masjid pertama dibina


Antara fadilat solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba tanpa batal wudu' sejak keluar dari tempat tinggal sama seperti mengerjakan umrah-al Hadis


Dalam Masjid Quba


Di ladang kurma, ramai yg x lepaskan peluang memborong


Bergambar bersama kumpulan lelaki untuk program Umrah 2010


Suasana selepas solat jumaat di Masjid An-Nabawi, sungguh sesak untuk memberi salam terakhir kepada Nabi tercinta...hanya sempat dari jauh

Rasanya macam baru semalam melihat Ka'abah, qiblat ummat Islam, tempat berkumpul seluruh ummat Islam dari pelosok dunia.

Ya Allah, diri ini amat merindukan rumah Mu, jadikan diri ini tidak lari dari jalan Mu, tunjukilah diri ini dan keluargaku dengan cahaya hidayah Mu, jadikan diri ini benar2 mengambil al-quran & as-sunnah sebagai panduan hidup dan sentiasa mentaati suruhan Mu & meninggalkan larangan Mu, berilah diri ini dapat kembali ke tanah suci untuk mengerjakan haji & umrah, aku rindu sekali kepada kekasih Mu, Rasulullah S.A.W., berilah aku dapat bertemu kembali dengan baginda dan memberi salam selalu kepadanya, jadikanku ummat yang dibanggakan Nabi Muhammad yang disebutkan ikhwan baginda...perkenankanlah doaku, ya Tuhan yang memakbulkan doa, amin Ya Rabbal 'Alamin.

p/s: 1) banyak lagi gambar tetapi susah nak upload dlam ni & utk menjaga privasi diri ini dan sahabat2nya..
2) SELAMAT HARI RAYA diucapkan walaupun dah masuk bulan Zulkaedah :)