Friday 24 December 2010

~RINDU~


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T

Sudah sebulan musim sejuk sekarang.
orang kata musim sejuk,
Musim hidung bocor,
Musim banyak hingus dan demam,
Musim yang malas untuk orang terkentut nak ambil wudhu' kembali

TETAPI

Ramai yang lupa,
Musim ini adalah musim rahmat bagi orang BERIMAN,

Sehubungan itu Ibnu Mas'ud RA mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dan berkata ;

"Selamat datang Musim sejuk adalah musim bunga bagi orang beriman. Ditambah dalam riwayat lain; panjang malamnya, lalu dia berqiamullail padanya, pendek siangnya, lalu dia berpuasa padanya.(http://ibumusthofa.blogspot.com/2010/07/musim-sejuk-di-melbourne.html?zx=b396ff8e8d5c4a7d)

Dah lama tak update, rase nak menulis sbb rasa rindu kat keluarga.
Rindu kat ummi, ayah, kakyong, anas, aisyah, muaz, tok2 ngan opah2
Harap semua masih dlam keadaan sihat

Winter ni tak pergi mana2 kot
Hanya sekitar mesir
Jaulah2 maqam kalau boleh, insya'allah

p/s: Serius rindu keluarga..lagi 3 minggu nak exam, doakan saya ye ^o^




Tuesday 5 October 2010

UMRAH



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum w.b.t.

Dah lme x post benda baru, tgan ni mmg mlas nak tekan 'sign in', mgkin sbb sibuk rasenyer... kuliah dah start 3 mggu lepas, rse mcm byak pulak silibus thun 2 ni...anat dah abis 1 buku, subjek lain sume dah abis 1 bab, ish3 sabor je la ammar oi...dan sedar x sedar dah 3 mggu juga pulang dri dua tempat suci yg disebutkan dlam al-quran, MAKKAH & MADINAH.

Alhamdulillah, sempat jga diri ni pergi sana...kte org, klu dah ada duit & mampu, pergi buat umrah dlu bru boleh melancong tempat lain, jgan sibuk jalan sana sini tapi tempat yg patut diziarahi terabai..

Alhamdulillah, ramadhan tahun ni dapat buat yg terbaik drpd tahun lepas, insya'Allah...10 mlam terakhir mmg diisi betul2, peluang beribadah x disia-siakan....alhamdulillah diri ini diberikan kekuatan & kesihatan sepanjang di sana, dapat juga buat 7 kali umrah + 1 "umrah" Masjid Quba...

Alhamdulillah, dapat jga bertemu kekasih Allah, rasul Allah, penghulu sekalian umat akhir zaman, junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W...syahdunya dpat beri salam kpd baginda & para sahabat...



Pemandangan di luar hotel pada hari pertama


Suasana selepas solat terawikh...ramai...


Para jemaah berehat seketika selepas solat terawikh untuk bgun qiam pada tengah malam


Tiga orang pertama (termasuk diri) yang sampai ke puncak Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira'


Bergambar di Gua Hira'


Laluan masuk ke Gua Hira', tempat Nabi Muhammad beruzlah (mengasingkan diri) dan beribadah kepada Allah


RAYA!!! Khatib sedang membacakan khutbah


Mimbar "bergerak"


Bergambar selepas solat sunat & khutbah Aidilfitri


Suasana selepas solat sunat & khutbah aidilfitri, ramai sungguh jemaah...sesak sedikit


Penuh jemaah hingga tingkat atas


Naufal & Ustaz Ridhwan


Di luar Masjidil Haram


Petang raya pertama beraya di rumah mak saudara Ustaz Fakrul Rodzi a.k.a Fakhri yang menetap di Mekah


Antara makanan yang disediakan: nasi himpit, rendang kibas, sup daging dan mcm2 lagi....SERANG!


Bergambar bersama menantu tuan rumah di luar kediaman


Di atas puncak Jabal Tsur


Jabal Rahmah di Arafah


Di atas puncak Jabal Rahmah...doa jgan x doa :)


Ramai jemaah mengambil kesempatan berdoa di atas jabal Rahmah


Raya ke-4 di rumah menantu yg tadi...rumah mcam istana pulak


Bergambar bersama ustaz2 & doktor2


Di laluan Safa & Marwah bhgian bawah tanah,,,ber'air cond'


Jam Menara yang dibina dekat Masjidil haram bernilai berbilion pound...subhanallah


Ramai jemaah tawaf selepas solat Isya'


Para jemaah sa'ie antara Safa & Marwah


Suasana di Suoq @ Pasar dekat Masjidil Haram


Bergambar pada hari terakhir di hootel Mekah sebelum bertolak ke Madinah...selerak habis
dari kiri: Dr. Hafiz, Dr. Zaharuddin, Dr. Ammar, Dr. Naufal, Dr. Zulfahmi


Ziarah maqam para syuhada' Uhud, antaranya maqam singa Allah, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib


Berlatarbelakanglkan bukit Uhud


Di ladang unta utk merasa susu unta, agk berbau unta selepas balik...hehe


Perah jgan x perah


Bersama caar @ zaharuddin


Di Masjid Quba, masjid pertama dibina


Antara fadilat solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba tanpa batal wudu' sejak keluar dari tempat tinggal sama seperti mengerjakan umrah-al Hadis


Dalam Masjid Quba


Di ladang kurma, ramai yg x lepaskan peluang memborong


Bergambar bersama kumpulan lelaki untuk program Umrah 2010


Suasana selepas solat jumaat di Masjid An-Nabawi, sungguh sesak untuk memberi salam terakhir kepada Nabi tercinta...hanya sempat dari jauh

Rasanya macam baru semalam melihat Ka'abah, qiblat ummat Islam, tempat berkumpul seluruh ummat Islam dari pelosok dunia.

Ya Allah, diri ini amat merindukan rumah Mu, jadikan diri ini tidak lari dari jalan Mu, tunjukilah diri ini dan keluargaku dengan cahaya hidayah Mu, jadikan diri ini benar2 mengambil al-quran & as-sunnah sebagai panduan hidup dan sentiasa mentaati suruhan Mu & meninggalkan larangan Mu, berilah diri ini dapat kembali ke tanah suci untuk mengerjakan haji & umrah, aku rindu sekali kepada kekasih Mu, Rasulullah S.A.W., berilah aku dapat bertemu kembali dengan baginda dan memberi salam selalu kepadanya, jadikanku ummat yang dibanggakan Nabi Muhammad yang disebutkan ikhwan baginda...perkenankanlah doaku, ya Tuhan yang memakbulkan doa, amin Ya Rabbal 'Alamin.

p/s: 1) banyak lagi gambar tetapi susah nak upload dlam ni & utk menjaga privasi diri ini dan sahabat2nya..
2) SELAMAT HARI RAYA diucapkan walaupun dah masuk bulan Zulkaedah :)

Saturday 10 July 2010


Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ni tetiba rse nak post psal seseorg. Hari yg istimewa bg seorg yg penting dalam hidup aku…AYAH! Byak sgat jasa & pengorbannanya terhadap aku. Aku kagum dengan peribadinya kerana beliau seorang yang:

PENYAYANG:

Ibu bapa mana yg x syangkan anak. Ayah sgat sayang kami anak-anaknya walau kadang2 kami tidak sedar. “Ayah, nak burger” kata salah seorang anaknya apbila pulang bersama ayahnya menaiki motor dari kelas tuisyen malam. Ayah tanpa sebarang alasan menurut kemahuan anakya. Kata2 “ayah, nak itu, nak ini,” hampir setiap hari didengar tetapi diturutinya walau kadang2 koceknya hampir2 saja tidak berisi.

TEGAS:

Ayah seorg yg tegas. Ketegasannnya mampu membuatkan aku sekarg menjadi seorg manusia yg berguna. Ketika sekolah, ayah dan ummi melarang aku menggunakan handphone, kata mereka itu bukan perkara yang penting, belajar dlu. Mse tu mcm2 soalan timbul “kenapa tidak boleh sedangkan ramai kawan2 yg lain pakai,” tapi aku simpan dalam hati. Alhamdulillah, selepas SPM baru aku dpt gunakan handphone ummi dan lama-kelamaaan baru aku tahu mengapa mereka menegah aku menggunakan handphone ketika sekolah. Ramai kawan-kawanku menyalahgunakan hanphone ketika sekolah hanya utk berSMS dengan kekasih mereka konon-kononnya sampai tinggal belajar & perkara penting yg lain2. Akhirnya, keputusan mereka agak merosot. Begitu juga dgan motor, mgkin jika ayah membenarkan aku membawa motor sesuka hati, aku sudah menjadi mat rempit dan lebih teruk terlibat dalam kemalangan…naudzubillah min zallik. Byk lagi ketegasannya mengajar aku. Pernah sekali ketika darjah 6 aku berlari-lari membuat bising di dalam masjid bersama adikku ketika jemaah lain khusuk menunaikan solat maghrib. Sampai satu mse suara aku dan adik semakin kuat sehingga menghilangkan kekhusyukan ayah. Ayah dgn muka merah padam membawa aku dan adik balik. Samapai di rumah, nah, satu batang penyapu hinggap dibelakangku. Penangan itu memberi aku pengajaran utk menjaga akhlak di masjid & di mana2 shj. Memg ketegasan ayah byk member pengajaran kepadaku.

TABAH:

Ayah seorang yg tabah. Tidak pernah rasa-rasanya aku melihatnya menangis berlainan dgan ummi. Mgkin hati perempuan mudah tersentuh. Sakit gout yg dihadapinya byak kali menyerang sehingga kadang2 terpaksa menggunakan kerusi roda utk bergerak. Ayah tidak boleh makan terlalu byak benda2 yg mengandungi uric acid spt tomato, udang dll. Tetapi sakit ayah tidak menghalangnya utk beri yg terbaik kpd anak-anaknya. Ayah sggup menghantar kakak pulang ke KL walau masih sakit, adik2 pulang ke asrama masing2. Moga2 Allah menyembuhkan penyakit ayah dan menghindarinya dari penyakit2 lain.

YAKIN PADA DIRI SENDIRI & RAJIN:

Aku kagum pada diri ayah. Ayah seorang yg yakin akan dirinya. Beliau acapkali dilantik menjadi pengerusi majlis di majlis2 yg besar2 seperti majlis yg dihadiri sultan dan ahli parlimen. Suaranya mmg sesuai utk menjawat tugas itu. Banyak juga jawatan yang dipegangnya namun masih byak mse utk keluarganya. Ayah juga rajin. Walaupun umurnya meningkat, namun semangat belajarnya masih tidak luntur. Ayah sggup menyambung belajar sehingga ke peringkat master. Meskipun sukar kerana terpaksa berulang dari Ipoh pergi ke UPSI yg terletak di Tg Malim namun semangat utk belajar memadamkan kesukaran itu. Begitu juga dgn ummi yg kini masih sibuk menyambung belajar. Kata ummi, biarlah usaha yg ditunjukkan mereka berdua dapat digunakan utk member semangat dan dorongan kepada kami anak-anaknya. Insya’Allah ummi ayah, kami anak-anakmu akan belajar bersungguh-sungguh utk membalas hanya sedikit dari pengorbananmu berdua yang besar.

Banyak lagi yg mahu dikatakan ttg peribadi ayah yg aku kagumi tapi cukuplah setakat ni. Ayah, ammar mnx maaf byak atas kesalahan selama ni. Doakan kakyong, ammar, anas, aisyah dan muaz berjaya dunia akhirat. Akhir kata, SELAMAT HARI JADI yg ke-49. Moga Allah memberkati umur dan amalanmu, amin..




AYAHku sayang


*p/s: Selamat hari lahir juga ditujukan pada kakyong. Dah 20 thn jd dah tua…hahaha.

*p/s: Doakan keputusan exam ammar lulus dgn cemerlang, dpat g umrah dengan selamat..insya’Allah.

Cuti dah mula!!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, 4/7 lpas dah abis sesi tahun pertama kat uni Cairo. Mcam2 rse ade (gembira sbb cuti dah start smpai blan 9, x puas ati sbb mse dlam exam x ckup utk jwab btul2, sedih sbb dah abis taun satu yg penuh suka duka, berdebar-debar sbb nak tggu result kluar dll). 3 bulan dlm fatrah imtihan cukup2 mencabar. Mula-mula exam praktikal akhir bulan 4 diikuti dgan exam written bulan 6 dan diakhiri dgan exam oral smpai awal bulan 7 cukup memenatkan badan dan minda, jiwa dan raga, hati dan perasaan..erk, lebih2 plak. Mlm tu bantai main futsal sampai pkul 11, dpat 2 biji gol…hahaha.


Lusanya plak ada dinner utk pelajar2 medic tahun 1 uni Cairo. Makan malam ni diadakan di hotel Al-Masah. Mmg grand, best sgat walau pihak hotel ada buat mslah skit. Majlis ni 100% diuruskan oleh pelajar2 sendiri utk mengeratkan ukhwah fillah sambil memberi penghargaan kepada doktor2 dan pihak uni Cairo. Acara 2 dlam majlis terbaik spt nasyid, tayangan video dll. Makanan arab yg disediakan pun sedap2…ada kuftah, ayam bakar, nasi, roti bun dan mcm2 jenis manisan, kek2 yg sedap dan byak lg. Tp makanan yg disediakan agak sikit smpai ajk2 byak yg x dpat makan, kesian mereka. Xpe2, taun depan insya’Allah buat lg grand sampai sume naik 2 kilo sorg, OK? Pasni byak program2 menanti di musim cuti, insya’Allah.




Bersama ahli beit....

Batch Gen 9 University Cairo