Tuesday 26 April 2011

Aku Sayang Adik !


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T

Lama tak dengar suara ummi, ayah, kakyong & anas. Rindu sangat rasanya. Petang tadi terus skype. Alhamdulillah, semua sihat, lepas rindu. "Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam merindui orang-orng yang Engkau kasihi & redhai, amin".
Sembang punya sembang, ummi banyak bercerita pasal anas. Anas dah pergi temuduga DQ, INTIM dan maktab. Moga dapat yang terbaik. "Ya Allah, kau berilah Anas dapat yang terbaik dalam hidupnya, amin".

Tapi, bila ummi mula bercerita tentang sakit Anas aku mula terdiam. Ingin juga tahu apa sebenarnya sakit di telinganya. Ummi kata dah jumpa doktor pakar telinga dan keputusannya, adik Anas memang ada kerosakan saraf pada telinga sejak lahir lagi. Mungkin ada rosak kat cranial nerve IIIV (vestibulocochlear nerve). Terkejut sungguh, tapi aku cuba cool & relax. Patutlah selama ini dia sering tidak berapa nak dengar orang cakap dengan dia.

Fikir-fikir balik, banyak dosa aku dekat dia. Kadang2 selama ni, kalau aku cakap dan dia tak dengar, terus sahaja keluar dari mulut yang berdosa ini perkataan 'PEKAK'. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan).[Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi]

"Ya Allah, ampunilah dosa aku, menyakitkan hati adikku, dan orang lain."
Anas seorang yang boleh dikatakan cekal. Bayangkan, 18 tahun hidup dengar gunakan hanya sebelah telinga. Kagum aku, boleh juga berjaya. Sekarang dia sedang menghafal al-quran, bukan senang, perlukan kombinasi hampir semua pancaindera, mata, mulut, telinga. Aku??? Mungkin hari ini Allah nak bagi hidayah pada aku supaya betul2 merasa kesusahan orang yang hilang upaya pancaindera.

Aku tidak dapat tahan sebak pada akhirnya. Menitis juga air mata dapat tahu keadaan adikku. Ummi bertanya kenapa, aku menjawab selesema (cuba berselindung). Tapi, alhamdulillah Anas hidup sihat gembira. Mungkin dulu dia dikutuk, dipersenda...tapi sekarang, insya'allah aku yakin dia mampu jadi lebih baik dari aku. Jangan patah semangat berusaha menjadi lebih baik. Jadikan kekurangan itu sebagai satu kelebihan. Jika kita mempunyai kekurangan dari orang lain tapi kita mampu berjaya sama dengan dia, itu menunjukkan kita sebenarnya lebih lagi dari dia. Maaf atas kesalahan terdahulu.

p/s: Lepas skype terus rasa nak post :)

~ Suka ingatkan ahli keluarga pesan atok, "Kita bukan saja nak berkeluarga di dunia, tapi kita minta dapat berkampung di akhirat". "BERKELUARGA SAMPAI KE SYURGA".

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam Iman & Islam, amin ya robbal 'alamin.

Friday 24 December 2010

~RINDU~


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T

Sudah sebulan musim sejuk sekarang.
orang kata musim sejuk,
Musim hidung bocor,
Musim banyak hingus dan demam,
Musim yang malas untuk orang terkentut nak ambil wudhu' kembali

TETAPI

Ramai yang lupa,
Musim ini adalah musim rahmat bagi orang BERIMAN,

Sehubungan itu Ibnu Mas'ud RA mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dan berkata ;

"Selamat datang Musim sejuk adalah musim bunga bagi orang beriman. Ditambah dalam riwayat lain; panjang malamnya, lalu dia berqiamullail padanya, pendek siangnya, lalu dia berpuasa padanya.(http://ibumusthofa.blogspot.com/2010/07/musim-sejuk-di-melbourne.html?zx=b396ff8e8d5c4a7d)

Dah lama tak update, rase nak menulis sbb rasa rindu kat keluarga.
Rindu kat ummi, ayah, kakyong, anas, aisyah, muaz, tok2 ngan opah2
Harap semua masih dlam keadaan sihat

Winter ni tak pergi mana2 kot
Hanya sekitar mesir
Jaulah2 maqam kalau boleh, insya'allah

p/s: Serius rindu keluarga..lagi 3 minggu nak exam, doakan saya ye ^o^